Keadaan baik (macam kat kedai).
Tajuk buku: SETITIS EMBUN SEMARAK API: suka duka pahit manis
Pengarang: DATO' PROFESOR EMERITUS HAJI SHAHNON AHMAD
Penerbit: ALAF 21
Cetakan: 2006
Mukasurat: 508
Harga asal : RM20
SINOPSIS
Mengisahkan susur galur kehidupan seorang sasterawan negara yang namanya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Penanya tidak akan berhenti selagi nyawa masih dikandung badan, Kisah kehidupan yang sering dipaparkan dalam karya-karyanya semata-mata untuk mengangkat martabat sastera tinggi di mata masyarakat.
Menariknya buku ini diusahakan ketika beliau ber'uzlah' iaitu menyisihkan diri daripada keriuhan manusia supaya mudah untuknya bermesra dengan alam kerana melaluinya, beliau dapat mempelajari dan menghayati fiil-fiil manusia. Suka duka, pahit manis dan tentangan yang dihadapi sepanjang menghasilkan karya-karya turut diceritakan untuk renungan kita semua.
Autobiografi ini bukan sahaja berkisar tentang diri seorang usahawan saja, tetapi juga mewakili diri seorang guru, pendakwah, pengembara, seorang lelaki yang pernah jatuh cinta, penganggur, pelajar, penulis rencana, pengkritik, budayawan, malah seseorang yang cuba mendekatkan diri dengan parti politik berparti.